Thursday, September 17, 2009

balik raya!!!

sekejap je rasakan.tup tap tup tap dah nak hari raya dah. Ramai yg dah start balik kampung kan. Aku plak akan bertolak balik ke terengganu malam ni. woohoooo.Syokk!! mesti happening atas jalan raya ni. Pada yg nak balik ke kampung dengan memandu, semoga anda selamat sampai ke destinasi masing-masing yekk!! Ingat org tersayang dan peka dengan orang sekeliling semasa memandu tu. :)

Jangan lupa servis kereta untuk perjalanan yg jauh. Aku dah setelkan hal servis kereta dua hari lepas. Tapi leh servis yg basic ja sebab tempat perodua tu terbakar separuh. uhuk. Nak wat tempat len dah submit kupon servis kat situ seblom ni. Apepon yang penting,diorang dah check takda major kerosakkan ape-ape. Just tukar minyak itam. :)

Persiapan raya, tahun ni ala kadar je bg aku. Baju raya pon yilekkk. hoho.Xpa. leh recycle baju yg aku pakai time akak aku kawen. Tu pon baru pkai sekali jaaa. :P

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. Semoga hari raya tahun ni, lebih meriah dari tahun sebelum-belumnya. =D

p/s: akak aku dah order cornflakes madu, adik aku lak order kek cokolat. Sume nak suh aku buat. mcm ler aku neh terer sangat nak buat.ahhahahha :P.


sumber gambar drpd mat google

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com