Showing posts with label meMori. Show all posts
Showing posts with label meMori. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

langkawi!!

baru ni ada persidangan pascasiswazah oleh umt. kehadiran adalah wajib.so pergi jek la memandangkan x leh nak ngelat.hahahaha. it's free btw. :)

hari pertama sampai trus pergi Seaview Hotel. boleh tahan la hotel die nih. makan pon sedap!! nyummm. Hari kedua plak, satu hari sibuk dengan seminar dan pembentangan setiap peserta kursus mengenai perkembangan masing-masing. Petang tu baru berkesempatan nak g shopping!!! :D. Tapi memandangkan aku ni bukan penggemar coklat, so xde la excited sangat.hehe. beli kat sape2 yg pesan jek. :)

pastu, p mkn seafood. makan lagikkk. ahhahaha :D Tapi memg sedap!! serius! time tu gak, 1st time makan udang lipan.hahahha. rasa cam lebey kurang udang gak.

udang lipan. terima kasih pak google.

Hari ketiga, balik KL. ingat seblom p jeti nak p shopping cokolat lagi. Tapi dah xlarat nak bawak yg dah sedia ada.so malas.Cancel shopping.hehe. Tunggu feri kul 4ptg. Sampai jeti Kuala Perlis Kul 5 lebih. Kul 6 naik bas UMT menuju ke KL. Berenti mkn kat RnR mana ntah. xsure lak. Kena ngorat.huhu.Orang dah kawin pon nak ngorat lagi. "ehh bukan awak yg stay kat hotel blabla penang??" Ayat pancing. Aku wat donno. memg sah la bukan aku. bile masa aku stay penang. hahaha... hhahahahha. lalala~

Sampai KL dalam kul 1.30pg di KL sentral. Hubby dtg lambat skit so lepak dulu dengan org ygbergelimpangan tido kat luar tempat duduk KL sentral. Dah mcm pelarian lak aku. Bengang sat ngn hubby. :|

*gamba nanti la aku up. kalo ade. coz kamera aku terlupe nak bawak time p langkawi tu.*

Wednesday, June 24, 2009

budak itu bukan aku :P

waktu untuk mengenang kembali zaman hingusan...

Zaman kanak-kanak ku yang hanya tahu "having fun". No worries at all kan.hehe. Jangan pelik kalau banyak gambar masa kecik, hanya gamba aku dan akakku.hehe. Sebenarnya, time ni kami dua beradik je. Adik-adikku yang lain tak keluar dari perut mak aku lagi. Jarak umur antara aku dengan adik aku yang no.3 agak jauh. So, time nie boleh dikatakan aku la anak paling bongsu, paling manja, nakal dan mengada.hehe. Terbawak-bawak sampai besar.Sampai selalu orang ingat aku ni anak bongsu jika dilihat dari perwatakan aku. :P


Gambar skema aku dan akakku. Tangan dalam poket. :P Baju sweater yang kami pakai tu dihadiahkan oleh atuk&nenek kami.


Bergambar bersama jajan kegemaran kami masa tu. Sekang dah takde kot kan. :D


Dari kiri, makcik aku, akak aku dan aku yang paling kanan. Aku paling suka datang kat pantai cendering ni sebab kat celah-celah batu tu ada anak kucing comel-comel. :D haaa. ni la baju yang paling aku suka pakai time aku kecik dulu. Nampak tak?? takleh nak zoom la. Pandai-pandai la korang teropong. Nak pergi mana-mana mesti tanya mak aku dulu kat mana "baju orang kepala kuning". hahahaha :P


x-boifren aku. Taahahahaha. :P Serabainya aku time neh.hoh.

p/s: banyak lagi gamba sebenarnya. Aku letak lam facebook. hehe. Kat sini letak beberapa keping jek. :)

Thursday, May 28, 2009

entry untuk kamu

Entah mimpi apa, tetiba aku nak buat entry khas untuk sahabat aku yang sorang ni. Sahabat satu universiti dulu. Sampai sekang stil lagi contact dan ber"ym". Cuma jarang berjumpa je. *Entri zaman aku kecik-kecik nantilah dulu. Gambar pon tak sempat scan lagi.*

aku dengan wana waktu jom heboh di melaka tak lama dulu.

Aku boleh rapat dengan dia nih sebab time aku masuk MMU dulu dia sorang je yg aku kenal sama usia dengan aku. Kira kami ni satu kepala lah. Dua-dua kepala hangin dan dua-dua suka buat kerja gila!! *tapi gila aku sikit jek lah berbanding dia nih*Hahahaha.

di dlm kancil putih.ngeee~

Wana ni sangat la unpreditable orang nyeh. Nasib la boleh kenal dengan aku yang jenis tak kisah. Layan kan aje. Waktu belajar dulu kitorang selalu je ada penyakit "jiwe kacau" hahahha. Bila penyakit ni datang, kami drift ke Pantai Kundur tak pon ke Mahkota Parade.hahhaha. *Terima kasih kepada kancil putih miliknya yang banyak berjasa *

Waktu revision week untuk exam pulak, dah menjadi tabiat kitorang study depan tv. ahhahaha * wana, apakah kamu masih ingat peristiwa menonton cerekarama"Namaku Yassin" itewww??* Takkan aku lupakan peristiwa di subuh ari dalam bulan puasa itu. hahhaha. Sangat la tak patut.hakhakhak :D



Orang cakap waktu belajar adalah saat indah yang tak mungkin dilupakan, kan?? Aku pon rasa macam tu. Rindu untuk kembali waktu itu. :((

p/s: Wana bila mau shopping bersama neh?? :D

Monday, May 25, 2009

opps dah ujung bulan dah..

Cepatnya masa berlalu. Dah hujung bulan 5 dah kan. Tak puas lagi melepak kat rumah ni.huhu. Tapi nextweek dah kena balik KL. Kerja melambak-lambak sedang menanti. Bila balik kampung ni memang tak jadi kerja satu apa pon. :D Ada jek agenda family yang nak buat. Yang paling best pergi makan seafood beramai-ramai di Pantai kelulut nan permai :P Tiga biji kereta sekali pergi. Seronok nyewhh sekali sekala makan besar bersama sanak saudara. :D *maaf takde gamba sebab bizi berebut makanan. hahahah :P *

Dan lagi 5 hari, birthday aku punya enchek ehem. :P Tapi tak leh nak celebrate sama-sama on that day sebab aku still kat kampung. Wish suda lerr. Erk, hadiah bakal menyusul yekk :)


*abaikan aksi sengih terlampau akak ku itu, aku cool ja kan amik gamba.ehek *

Gambar ni tak da kena mengena dengan entry di atas. Hehe. Cuma ada kena mengena sikit dengan next enrty aku. Nak tau baju ape paling aku suka pakai kalau nak keluar jalan-jalan masa kecik, nantikan entri aku yang akan datang yekk :D *pada sesiapa yang nak tgk la, tapi aku aim nak tunjuk kat anak cucu aku 20 thn aku datang. Kalau blogspot ni hidup lagi la.hahahha :P*

p/s: Korang nampak tak??? skill membela kucing aku asah sejak aku kecik lagi. hahahhaha.

Monday, February 23, 2009

1st Job aku

Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang 1st job yang aku pernah sandang. Wahh gituuu!!Previous job aku sebelum ni, assist abang-abang network yang ensem pasaii network streamyx yang sengal..!!!
MyEm0.Com
aku*repeat* menolong abang-abang network
engineer yang ensem sahaja~

Pendek kata, customer akan cari aku dulu kalau ada apa-apa prob dengan stremyx dan sewaktu dengan nyeh.. kalu aku xleh nak setel gak, then baru aku pass kat diorg. Bukan senang nak retention customer welawehhh. Sampai kan unit aku tuh sangat dikenali dengan unit tension. hahahah. Bukan itu je.., kerja di luar bidang aku pon, aku kne entertain dan buat!! since unit aku ni duduk bawah CS unit.haihhh.


Nak dijadikan cerita, aku dapat kerja ni sebaik sahaja tamat tempoh menganggur aku selama 4 bulan selepas aku grad la kan. Aku ckp mcm tu sebab lepas abeh belajar aku sangat malas nak pegi interview. Job ni pon aku tak apply, instead aku dapat call dari TM suh p interview.Hasil paksaan mak aku, aku pergi gak interview tuh and skali dapat daaaaaa.huuuu.. Nasib baik aku based kat TM K.Terengganu, kat negeri aku senirik.sukaaaaa!!

Masa aku pegang jawatan ni, unit aku selalu dalam ranking 1st atau 2nd untuk performance keseluruhan dalam Malaysia. hehe. Sangat bangga yekkk!! GM salu puji kalu masuk meeting. ngeeeeeee. Tapi yang tak bleh tahannya, yaa ampunnnnn..!! asyik kne marah dengan customer je bila streamyx ada problem walhal bukan salah aku ponnnnn. Aku ni bukan leh org main marah-marah gitu.
MyEm0.Com
Mula la nak emo. agagaggagaga
-
-
-
Time ni TM tgh hot dengan produk terbaru~Lets Talk
-
-
Aku, dilla(opismate) dengan budak-budak praktikal time tuh
-
-
-
Time ni kat kfc, celebrate budak-budak LI tamat praktikal.
*aku yang agak jakun bila dapat minum air kfc *jelir

Hampir setahun la aku kerja kat sini. Memg agak berbeza kerja dengan company swasta sebab workload amat tinggi dan multitask yekk. macam aku ckp td, bukan task aku pon, aku kena buat..!!. Sabar je la time tuh. Kerja kat sini best satu je kot.. sebab selalu je ada makan-makan. wohahahhah.makan

Anyway, ni bukan job idaman aku.hehe. Since niat aku ,nak sambung belajar sebenarnya lepas grad dulu. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Memandangkan peluang yang aku nak dah ada depan mata.. so aku decided resign TM walaupun 50-50 jugekk laa nak berhenti tuh.huuu.

oke, settle entri kali ni. Sesape yg pakai streamyx , kalu ade prob , sile ke talian hangat TM. jangan carik aku. waakakkakakk

p/s: aku sangat alergik ngn produk company aku dulu~ xmau la aku subscribe. Service cam siputtttt. -pengakuan sebenar seorg ex-staff yg berpaling tadah.i'm sorryyyyyy*nada amir*






 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com