Sunday, June 28, 2009

.......

Dua tiga hari ni perut asyik tak sedap jek.huhu. 3 hari lepas makan roti hotdog yang dah diberak lalat. Orang tganu cakap peng lalat dok??. Aku dah makan separuh baru nampak kat hujung tu ada telur lalat tu.Telur ekk yg kaler putih2.Yaiksss!!!!!*aku dah start rasa nak muntah ni*

Sampai arini effect kat aku.kalau nak makan akan aku telek makanan tu berjam-jam. Tengah makan pon aku telek lagi.eeeeeeeeee. Terasa lag idalam tekak oiiiiiiii!Wekk!Wek!

Sekarang ni pon aku tengah terbayang telur lalat tu dah jadi ulat, beranak pinak dalam perut akuuuuuuu! huhu tu yang sakit perut aje kot.. :[

Enchek ehem siap buat lawak bangang cakap ada lalat kuar dari mulut aku.
#!!??%$$/#??!!pucca_love_14

Tak ke cuak aku???!!

P/s: jangan kau bawak selsema bab* kat mende alah kau ni sudah la labuuuuuuuuuu!!


Wednesday, June 24, 2009

budak itu bukan aku :P

waktu untuk mengenang kembali zaman hingusan...

Zaman kanak-kanak ku yang hanya tahu "having fun". No worries at all kan.hehe. Jangan pelik kalau banyak gambar masa kecik, hanya gamba aku dan akakku.hehe. Sebenarnya, time ni kami dua beradik je. Adik-adikku yang lain tak keluar dari perut mak aku lagi. Jarak umur antara aku dengan adik aku yang no.3 agak jauh. So, time nie boleh dikatakan aku la anak paling bongsu, paling manja, nakal dan mengada.hehe. Terbawak-bawak sampai besar.Sampai selalu orang ingat aku ni anak bongsu jika dilihat dari perwatakan aku. :P


Gambar skema aku dan akakku. Tangan dalam poket. :P Baju sweater yang kami pakai tu dihadiahkan oleh atuk&nenek kami.


Bergambar bersama jajan kegemaran kami masa tu. Sekang dah takde kot kan. :D


Dari kiri, makcik aku, akak aku dan aku yang paling kanan. Aku paling suka datang kat pantai cendering ni sebab kat celah-celah batu tu ada anak kucing comel-comel. :D haaa. ni la baju yang paling aku suka pakai time aku kecik dulu. Nampak tak?? takleh nak zoom la. Pandai-pandai la korang teropong. Nak pergi mana-mana mesti tanya mak aku dulu kat mana "baju orang kepala kuning". hahahaha :P


x-boifren aku. Taahahahaha. :P Serabainya aku time neh.hoh.

p/s: banyak lagi gamba sebenarnya. Aku letak lam facebook. hehe. Kat sini letak beberapa keping jek. :)

Monday, June 1, 2009

step by step

It's a little bit relieved for me . I can take a deep deep breath now.Fuhhhhhh!! Alhamdulillah.. I can't sleep well, i didn't enjoy my days to the max, and maybe some people around me can noticed my fake smile before. I'm not a good actress.ngeh. But the "cacing kepanasan" phase is over now!! it 's all because of examination result for last sem. Heyy, i just got my result peeps!! :D and it's not that bad babe!Phiewww. *sgt la ngengada sampai takleh tido bagai :P*

Already smsed my enchek ehem about the good news. And guess what, he told me that was the most meaningful gift for his birthday!! And he dont want ask for more*hahhaha maybe dia lega. dah lepas seksaan menanah telinga dengar aku selalu merengek2 risau pasal exam result.* Then, i was like"Yeke, xnak adiah??. Does it mean there is no present for my coming birthday?? LOL " And he only replied me with the double dot and the capital letter P --> :P .Hohoo.

Btw, tommorow i''ll be back to KL. Sayonara my sweet home. I have to prepare my dissertation for coming semester. The thoughest sem i guess. *Saya sangat takut dengan dissertation saya. Saya x bape nak pandai mengarang dalam BI.* :{ wish me luck k.

Thursday, May 28, 2009

entry untuk kamu

Entah mimpi apa, tetiba aku nak buat entry khas untuk sahabat aku yang sorang ni. Sahabat satu universiti dulu. Sampai sekang stil lagi contact dan ber"ym". Cuma jarang berjumpa je. *Entri zaman aku kecik-kecik nantilah dulu. Gambar pon tak sempat scan lagi.*

aku dengan wana waktu jom heboh di melaka tak lama dulu.

Aku boleh rapat dengan dia nih sebab time aku masuk MMU dulu dia sorang je yg aku kenal sama usia dengan aku. Kira kami ni satu kepala lah. Dua-dua kepala hangin dan dua-dua suka buat kerja gila!! *tapi gila aku sikit jek lah berbanding dia nih*Hahahaha.

di dlm kancil putih.ngeee~

Wana ni sangat la unpreditable orang nyeh. Nasib la boleh kenal dengan aku yang jenis tak kisah. Layan kan aje. Waktu belajar dulu kitorang selalu je ada penyakit "jiwe kacau" hahahha. Bila penyakit ni datang, kami drift ke Pantai Kundur tak pon ke Mahkota Parade.hahhaha. *Terima kasih kepada kancil putih miliknya yang banyak berjasa *

Waktu revision week untuk exam pulak, dah menjadi tabiat kitorang study depan tv. ahhahaha * wana, apakah kamu masih ingat peristiwa menonton cerekarama"Namaku Yassin" itewww??* Takkan aku lupakan peristiwa di subuh ari dalam bulan puasa itu. hahhaha. Sangat la tak patut.hakhakhak :D



Orang cakap waktu belajar adalah saat indah yang tak mungkin dilupakan, kan?? Aku pon rasa macam tu. Rindu untuk kembali waktu itu. :((

p/s: Wana bila mau shopping bersama neh?? :D

Monday, May 25, 2009

opps dah ujung bulan dah..

Cepatnya masa berlalu. Dah hujung bulan 5 dah kan. Tak puas lagi melepak kat rumah ni.huhu. Tapi nextweek dah kena balik KL. Kerja melambak-lambak sedang menanti. Bila balik kampung ni memang tak jadi kerja satu apa pon. :D Ada jek agenda family yang nak buat. Yang paling best pergi makan seafood beramai-ramai di Pantai kelulut nan permai :P Tiga biji kereta sekali pergi. Seronok nyewhh sekali sekala makan besar bersama sanak saudara. :D *maaf takde gamba sebab bizi berebut makanan. hahahah :P *

Dan lagi 5 hari, birthday aku punya enchek ehem. :P Tapi tak leh nak celebrate sama-sama on that day sebab aku still kat kampung. Wish suda lerr. Erk, hadiah bakal menyusul yekk :)


*abaikan aksi sengih terlampau akak ku itu, aku cool ja kan amik gamba.ehek *

Gambar ni tak da kena mengena dengan entry di atas. Hehe. Cuma ada kena mengena sikit dengan next enrty aku. Nak tau baju ape paling aku suka pakai kalau nak keluar jalan-jalan masa kecik, nantikan entri aku yang akan datang yekk :D *pada sesiapa yang nak tgk la, tapi aku aim nak tunjuk kat anak cucu aku 20 thn aku datang. Kalau blogspot ni hidup lagi la.hahahha :P*

p/s: Korang nampak tak??? skill membela kucing aku asah sejak aku kecik lagi. hahahhaha.

Friday, May 15, 2009

double 1st

Aku tengah semester break ni kan. jadi, apa lagikkk. Balik kampung laaa. hehe. Rasa excited lain macam sikit kali ni, sebab buat pertama kalinya aku balik kampung driving!!! Aku tak cakap direct dengan parents aku pasal nak balik kampung dengan kereta ni. Sebaliknya, aku sms adik aku suruh bagitau kat diorang pasal ni. Biar adik aku je la yang dengar bebelan mak aku tu. hakhakhak.

First time nie bawak kereta jauh-jauh. Setakat ni paling jauh aku drive sendiri pergi Johor. Walaupon tak jauh mana, tapi time tuh aku sem pat terlelap oke time tengah drive tuh!.huhu. Lagipun masa tu, highway traffic agak lembap, kereta lak jadi slow. Itu yang jadi nak terkatup mata.hahahha. bahaya..bahaya.

Kali ni, demi keselamatan aku, aku bawak "bekal".hahahha. Co-pilot aku lah. Mesti nak kena tukar-tukar driver kan. Or incase jadi ape-ape, sonang.

Enam jam lebih weh nak sampai kampung. Besok kami akan bertolak. Semoga kami selamat sampai. sengihnampakgigi



oh ya!! Aku dapat award dari dakbaik. 1st award aku ni!! Trimassssssss kasih.

Sebarang komen mengenai penghantar award~ erk!! hang ikhlas ke dok bagi award neh? hahaha.lalala~

Monday, May 11, 2009

aku seorang cucu :P

Tetiba aku rasa rindu kat nenek dengan atok aku. huhu. Last jumpa time akak aku kahwin. Arghhh. Dan tetiba jugak rasa nak terus pergi jumpa diorang aje. Duduk bermalas-malasan di rumah mereka. hahahha. Apa punya cucu daaa. Dah berbelas tahun tak balik kampung halaman mereka. Yup! berbelas-belas tahun. Bukan cucu-cucunya aje, dengan mak aku sekali dah lama tak jenguk kampung halamannya sendiri. Sampaikan pasport pon dah expired berkirun. wahahhaha.

Alasan lah tu. :P

Selalunya diorang la akan jenguk kami di sini. Isk. Tak patut-patut. hahaha. Nak wat macam mana. Kecik-kecik boleh la ziarah selalu sebab tak ada komitmen. Dah besar panjang ni terikat dengan tugasan-tugasan yang tak putus-putus. Tapi this year jika ada keizinan, aku akan pergi menjenguk mereka. Lagipon ada kerja yang aku perlu setelkan kat sana. Ada "projek" baikkkk punya tahun neh. Projek apa, aku takleh kasi pecahhh lagi. Still lagi dalam perangkaan.Tgkla camne kan. hahaha.

Tengok tu, ada tujuan lain baru nak pergi jenguk kan. haishhh la. tak baek. hieeeeee" ampun nek.. ampun tok.. nanti saya balik saya tolong siapkan reban ayam cecantik ek, atok nak bape tengkat?? " ayam ngeh.ngeh.ngeh.mukajail


nota kiri: nak renew pasport bape ekk?? rm300 kan? ke dah naik? duit lagi..huhu

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com