Monday, December 7, 2009

Maafkan Kekhilafanku Tuhan

aku hanya manusia biasa... Maafkan kekhilafan ku Tuhan....
aku hanya hamba-Mu yg lemah...
aku sedar... walaupon ku tangisi seribu tahun..
segalanya takkan bisa diundur...

Aku hanya mampu berserah padaMu...
Maafkan kekhilafan ku Tuhan..




Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


Saturday, November 28, 2009

langkawi!!

baru ni ada persidangan pascasiswazah oleh umt. kehadiran adalah wajib.so pergi jek la memandangkan x leh nak ngelat.hahahaha. it's free btw. :)

hari pertama sampai trus pergi Seaview Hotel. boleh tahan la hotel die nih. makan pon sedap!! nyummm. Hari kedua plak, satu hari sibuk dengan seminar dan pembentangan setiap peserta kursus mengenai perkembangan masing-masing. Petang tu baru berkesempatan nak g shopping!!! :D. Tapi memandangkan aku ni bukan penggemar coklat, so xde la excited sangat.hehe. beli kat sape2 yg pesan jek. :)

pastu, p mkn seafood. makan lagikkk. ahhahaha :D Tapi memg sedap!! serius! time tu gak, 1st time makan udang lipan.hahahha. rasa cam lebey kurang udang gak.

udang lipan. terima kasih pak google.

Hari ketiga, balik KL. ingat seblom p jeti nak p shopping cokolat lagi. Tapi dah xlarat nak bawak yg dah sedia ada.so malas.Cancel shopping.hehe. Tunggu feri kul 4ptg. Sampai jeti Kuala Perlis Kul 5 lebih. Kul 6 naik bas UMT menuju ke KL. Berenti mkn kat RnR mana ntah. xsure lak. Kena ngorat.huhu.Orang dah kawin pon nak ngorat lagi. "ehh bukan awak yg stay kat hotel blabla penang??" Ayat pancing. Aku wat donno. memg sah la bukan aku. bile masa aku stay penang. hahaha... hhahahahha. lalala~

Sampai KL dalam kul 1.30pg di KL sentral. Hubby dtg lambat skit so lepak dulu dengan org ygbergelimpangan tido kat luar tempat duduk KL sentral. Dah mcm pelarian lak aku. Bengang sat ngn hubby. :|

*gamba nanti la aku up. kalo ade. coz kamera aku terlupe nak bawak time p langkawi tu.*

Tuesday, November 3, 2009

you can shine

i just love this version of pantene commercial video!! even it has nothing to do with shampoo. :P

Tuesday, October 27, 2009

cherish the love




~aku terima nikahnya~

Thursday, September 17, 2009

balik raya!!!

sekejap je rasakan.tup tap tup tap dah nak hari raya dah. Ramai yg dah start balik kampung kan. Aku plak akan bertolak balik ke terengganu malam ni. woohoooo.Syokk!! mesti happening atas jalan raya ni. Pada yg nak balik ke kampung dengan memandu, semoga anda selamat sampai ke destinasi masing-masing yekk!! Ingat org tersayang dan peka dengan orang sekeliling semasa memandu tu. :)

Jangan lupa servis kereta untuk perjalanan yg jauh. Aku dah setelkan hal servis kereta dua hari lepas. Tapi leh servis yg basic ja sebab tempat perodua tu terbakar separuh. uhuk. Nak wat tempat len dah submit kupon servis kat situ seblom ni. Apepon yang penting,diorang dah check takda major kerosakkan ape-ape. Just tukar minyak itam. :)

Persiapan raya, tahun ni ala kadar je bg aku. Baju raya pon yilekkk. hoho.Xpa. leh recycle baju yg aku pakai time akak aku kawen. Tu pon baru pkai sekali jaaa. :P

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. Semoga hari raya tahun ni, lebih meriah dari tahun sebelum-belumnya. =D

p/s: akak aku dah order cornflakes madu, adik aku lak order kek cokolat. Sume nak suh aku buat. mcm ler aku neh terer sangat nak buat.ahhahahha :P.


sumber gambar drpd mat google

Sunday, August 23, 2009

bakal dapat pangkat makcik

Tak lama lagi aku bakal menjadi makcik. alahai..mcm makin tuo pulak rasa bila ada status makcik nanti.wakakakkak. Congrat to my kakak.Hehe. Udah pregnant.berapa minggu ntah.aku pon lupe dah.

So ni maknanya, she got two good news. Pertama, dia baru dapat kerja baru yg lagi double gajinya daripada tempat kerja lamanya. Dan kedua, semestinya berita yang dia bakal jadi ibu!! Double happiness for her!! Rezeki anak neh kannn. berita baik di bulan yang baik. :) i'm happy for her!! tak sabar nak jadi untie aina.hakhakhak. :P

oh btw, bulan Ramadhan muncul kembali.. Selamat berpuasa kepada semua..semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Aminnn :)


Saturday, August 15, 2009

H1N1 ke tak neh?

Aku demam dah dekat seminggu. Demam ni plak mcm main-main je ngn aku. Jap dia oke. Jap dia panas teruk. Haih. Moody mcm tuan dia jugak gamaknye.hoho. 2hari lepas balik kampung. Gile ahhh naik bas memalamm dalam keadaan mcm neh. Rase cam nak mati jekk. Sejuk gile babas. Dah la lalu karak kat atas bukit tu telinga berdengung punya la kuat. langsung tak dengar ape. Aku siap tipon enchek.ehem lagi nangeh2 kat dia ckp nak turun bas. hahahhahah. :P

Sampai umah batuk berdengkung-dengkung. Dalam batuk yg xbenti-benti tu sempat lagi aku bantai buah duku.hoho. Nak wat camne. buat feveret aku. mana leii tahannn. Mak aku lak stat la bising.huhu. Pakse gak aku p klinik Lim. dengan muka terpaksa. Aku p jek laa. time tu Dr.Lim check demam aku 38.8. Adik aku ckp, kalu kat pat dia blaja, confirm dah kne tahan. Aku pulak selambe je tanya. H1N1 ke doctor? hikhik :D Dr lim ckp, kalu H1n1 pon xpe, org sihat. Kalau org tua, ada kencing manis, darah tinggi baru bahaya. mcm tu pulakk yek doktor?? wakakkakak. pah amik ubat aku pon balik umah dengan senang hati. hoho.

malas nk pkr sangat. kalau layan sakit ni, memg la jadi tambah sakit. hieeee. sekg demam dah kebah. cuma batuk jek la xsurut2 lagi. arap-arap cepat la baek. Dah xtahan tekak den nih. nak mkn buah duku, rambutan puas-puas pon tokleh.huhu.

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com