Sunday, August 23, 2009

bakal dapat pangkat makcik

Tak lama lagi aku bakal menjadi makcik. alahai..mcm makin tuo pulak rasa bila ada status makcik nanti.wakakakkak. Congrat to my kakak.Hehe. Udah pregnant.berapa minggu ntah.aku pon lupe dah.

So ni maknanya, she got two good news. Pertama, dia baru dapat kerja baru yg lagi double gajinya daripada tempat kerja lamanya. Dan kedua, semestinya berita yang dia bakal jadi ibu!! Double happiness for her!! Rezeki anak neh kannn. berita baik di bulan yang baik. :) i'm happy for her!! tak sabar nak jadi untie aina.hakhakhak. :P

oh btw, bulan Ramadhan muncul kembali.. Selamat berpuasa kepada semua..semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Aminnn :)


Saturday, August 15, 2009

H1N1 ke tak neh?

Aku demam dah dekat seminggu. Demam ni plak mcm main-main je ngn aku. Jap dia oke. Jap dia panas teruk. Haih. Moody mcm tuan dia jugak gamaknye.hoho. 2hari lepas balik kampung. Gile ahhh naik bas memalamm dalam keadaan mcm neh. Rase cam nak mati jekk. Sejuk gile babas. Dah la lalu karak kat atas bukit tu telinga berdengung punya la kuat. langsung tak dengar ape. Aku siap tipon enchek.ehem lagi nangeh2 kat dia ckp nak turun bas. hahahhahah. :P

Sampai umah batuk berdengkung-dengkung. Dalam batuk yg xbenti-benti tu sempat lagi aku bantai buah duku.hoho. Nak wat camne. buat feveret aku. mana leii tahannn. Mak aku lak stat la bising.huhu. Pakse gak aku p klinik Lim. dengan muka terpaksa. Aku p jek laa. time tu Dr.Lim check demam aku 38.8. Adik aku ckp, kalu kat pat dia blaja, confirm dah kne tahan. Aku pulak selambe je tanya. H1N1 ke doctor? hikhik :D Dr lim ckp, kalu H1n1 pon xpe, org sihat. Kalau org tua, ada kencing manis, darah tinggi baru bahaya. mcm tu pulakk yek doktor?? wakakkakak. pah amik ubat aku pon balik umah dengan senang hati. hoho.

malas nk pkr sangat. kalau layan sakit ni, memg la jadi tambah sakit. hieeee. sekg demam dah kebah. cuma batuk jek la xsurut2 lagi. arap-arap cepat la baek. Dah xtahan tekak den nih. nak mkn buah duku, rambutan puas-puas pon tokleh.huhu.

Thursday, July 16, 2009

KBSW 303

Tu bukan plat kereta, lori mahu pun bas rapid KL yek. Kalau sape2 ada astro mesti taww.hehe. Tu la my favourite channel buat masa ni selain AFC channel. :D Apa ada kat channel 303 neh?? haa..actually kat channel ni banyak cerita-cerita dari Korea.

Yang terbaru drama kat cenel ni cerita "Accidental Couple" dengan "Hello, God". Memang sekang aku tengah layan dua-dua cite ni la. Best bebb... sok sek sok sek aku duk depan tv. sedih aarr cite dia. Sampai kawan aku gelak oke. Pasal baru je start cite, air mata aku dah start mengalir. Nak-nak cite hello,god tu.Haihhh. Nak wat camne. Aku memg mcm ni. Menjiwai oke. hoh. Sedangkan cerita kartun yg sedih-sedih pon aku nangeh ni kan pulak manusia yg berlakon kan. Tahahhaha :P



Walaupon hero dalam cite ni 10x tak ensem, tapi aku suka tgk heroin dia sebab cantik sangat!! Kulit dia flawless lahh. Orang korea ni kulit dia cantik-cantik lah. sebab diorang makan pulut ke?? huhu



Ni lak cite Hello, God. Sape2 nak tgk, tapi xde astro leh try p kat sini k.


Sunday, June 28, 2009

.......

Dua tiga hari ni perut asyik tak sedap jek.huhu. 3 hari lepas makan roti hotdog yang dah diberak lalat. Orang tganu cakap peng lalat dok??. Aku dah makan separuh baru nampak kat hujung tu ada telur lalat tu.Telur ekk yg kaler putih2.Yaiksss!!!!!*aku dah start rasa nak muntah ni*

Sampai arini effect kat aku.kalau nak makan akan aku telek makanan tu berjam-jam. Tengah makan pon aku telek lagi.eeeeeeeeee. Terasa lag idalam tekak oiiiiiiii!Wekk!Wek!

Sekarang ni pon aku tengah terbayang telur lalat tu dah jadi ulat, beranak pinak dalam perut akuuuuuuu! huhu tu yang sakit perut aje kot.. :[

Enchek ehem siap buat lawak bangang cakap ada lalat kuar dari mulut aku.
#!!??%$$/#??!!pucca_love_14

Tak ke cuak aku???!!

P/s: jangan kau bawak selsema bab* kat mende alah kau ni sudah la labuuuuuuuuuu!!


Wednesday, June 24, 2009

budak itu bukan aku :P

waktu untuk mengenang kembali zaman hingusan...

Zaman kanak-kanak ku yang hanya tahu "having fun". No worries at all kan.hehe. Jangan pelik kalau banyak gambar masa kecik, hanya gamba aku dan akakku.hehe. Sebenarnya, time ni kami dua beradik je. Adik-adikku yang lain tak keluar dari perut mak aku lagi. Jarak umur antara aku dengan adik aku yang no.3 agak jauh. So, time nie boleh dikatakan aku la anak paling bongsu, paling manja, nakal dan mengada.hehe. Terbawak-bawak sampai besar.Sampai selalu orang ingat aku ni anak bongsu jika dilihat dari perwatakan aku. :P


Gambar skema aku dan akakku. Tangan dalam poket. :P Baju sweater yang kami pakai tu dihadiahkan oleh atuk&nenek kami.


Bergambar bersama jajan kegemaran kami masa tu. Sekang dah takde kot kan. :D


Dari kiri, makcik aku, akak aku dan aku yang paling kanan. Aku paling suka datang kat pantai cendering ni sebab kat celah-celah batu tu ada anak kucing comel-comel. :D haaa. ni la baju yang paling aku suka pakai time aku kecik dulu. Nampak tak?? takleh nak zoom la. Pandai-pandai la korang teropong. Nak pergi mana-mana mesti tanya mak aku dulu kat mana "baju orang kepala kuning". hahahaha :P


x-boifren aku. Taahahahaha. :P Serabainya aku time neh.hoh.

p/s: banyak lagi gamba sebenarnya. Aku letak lam facebook. hehe. Kat sini letak beberapa keping jek. :)

Monday, June 1, 2009

step by step

It's a little bit relieved for me . I can take a deep deep breath now.Fuhhhhhh!! Alhamdulillah.. I can't sleep well, i didn't enjoy my days to the max, and maybe some people around me can noticed my fake smile before. I'm not a good actress.ngeh. But the "cacing kepanasan" phase is over now!! it 's all because of examination result for last sem. Heyy, i just got my result peeps!! :D and it's not that bad babe!Phiewww. *sgt la ngengada sampai takleh tido bagai :P*

Already smsed my enchek ehem about the good news. And guess what, he told me that was the most meaningful gift for his birthday!! And he dont want ask for more*hahhaha maybe dia lega. dah lepas seksaan menanah telinga dengar aku selalu merengek2 risau pasal exam result.* Then, i was like"Yeke, xnak adiah??. Does it mean there is no present for my coming birthday?? LOL " And he only replied me with the double dot and the capital letter P --> :P .Hohoo.

Btw, tommorow i''ll be back to KL. Sayonara my sweet home. I have to prepare my dissertation for coming semester. The thoughest sem i guess. *Saya sangat takut dengan dissertation saya. Saya x bape nak pandai mengarang dalam BI.* :{ wish me luck k.

Thursday, May 28, 2009

entry untuk kamu

Entah mimpi apa, tetiba aku nak buat entry khas untuk sahabat aku yang sorang ni. Sahabat satu universiti dulu. Sampai sekang stil lagi contact dan ber"ym". Cuma jarang berjumpa je. *Entri zaman aku kecik-kecik nantilah dulu. Gambar pon tak sempat scan lagi.*

aku dengan wana waktu jom heboh di melaka tak lama dulu.

Aku boleh rapat dengan dia nih sebab time aku masuk MMU dulu dia sorang je yg aku kenal sama usia dengan aku. Kira kami ni satu kepala lah. Dua-dua kepala hangin dan dua-dua suka buat kerja gila!! *tapi gila aku sikit jek lah berbanding dia nih*Hahahaha.

di dlm kancil putih.ngeee~

Wana ni sangat la unpreditable orang nyeh. Nasib la boleh kenal dengan aku yang jenis tak kisah. Layan kan aje. Waktu belajar dulu kitorang selalu je ada penyakit "jiwe kacau" hahahha. Bila penyakit ni datang, kami drift ke Pantai Kundur tak pon ke Mahkota Parade.hahhaha. *Terima kasih kepada kancil putih miliknya yang banyak berjasa *

Waktu revision week untuk exam pulak, dah menjadi tabiat kitorang study depan tv. ahhahaha * wana, apakah kamu masih ingat peristiwa menonton cerekarama"Namaku Yassin" itewww??* Takkan aku lupakan peristiwa di subuh ari dalam bulan puasa itu. hahhaha. Sangat la tak patut.hakhakhak :D



Orang cakap waktu belajar adalah saat indah yang tak mungkin dilupakan, kan?? Aku pon rasa macam tu. Rindu untuk kembali waktu itu. :((

p/s: Wana bila mau shopping bersama neh?? :D

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com